Wednesday, November 27, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    11 maut dalam protes pilihan raya di Mozambique: HRW

    JOHANNESBURG, 29 OKT – Polis di Mozambique membunuh kira-kira 11 orang dan mencederakan lebih 50 lagi dalam keganasan selepas pilihan raya presiden yang dipertikaikan bulan ini, kata Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan (HRW) hari ini.

    Protes menggegarkan negara Afrika selatan itu sejak Daniel Chapo, calon parti pemerintah Frelimo yang memegang kuasa sejak 1975, diumumkan sebagai pemenang pilihan raya pada 9 Oktober lalu.

    Ratusan penyokong pembangkang turun ke jalan raya minggu lalu, menyebabkan pertempuran dengan polis pencegah rusuhan.

    “Pasukan keselamatan Mozambique membunuh kira-kira 11 orang,” kata HRW dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa “lebih 50 orang mengalami kecederaan serius akibat tembakan” pada 24 dan 25 Oktober lalu.

    Lapan polis juga dilaporkan cedera, kata kumpulan hak asasi manusia itu.

    HRW berkata mereka menemu bual 22 orang, termasuk mangsa, saksi, doktor, wartawan, pegawai kerajaan dan kumpulan masyarakat sivil.

    “Banyak orang, termasuk kanak-kanak seawal usia setahun, terhidu gas pemedih mata yang dilepaskan secara tidak terkawal oleh polis ke kawasan perumahan,” kata kumpulan hak asasi manusia itu. – AFP

    Penunjuk perasaan dari kejiranan Maxaquene mengadakan demonstrasi di Maputo pada 24 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda