Friday, May 17, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    11 rentung dalam nahas van, 1 selamat

    BANGKOK, 23 JAN – Seramai 11 mangsa termasuk dua kanak-kanak maut terbakar dalam kemalangan van di tengah Thailand semasa cuti Tahun Baharu Cina, kata polis hari ini.

    Kemalangan jalan raya merupakan perkara yang sering berlaku di negara itu, yang mempunyai rekod keselamatan jalan raya agak buruk, terutama semasa cuti umum yang sibuk.

    Menurut Kolonel Polis, Yingyos Poldej, van yang membawa 12 orang itu dalam perjalanan dari timur laut wilayah Amnat Charoen ke Bangkok apabila ia terbabas dari lebuh raya di tengah wilayah Nakhon Ratchasima pada malam Sabtu.

    Yingyos memberitahu AFP, seorang lelaki berjaya keluar melalui tingkap, tetapi penumpang lain terperangkap dan mati dalam kebakaran itu.

    Mangsa yang terselamat, Thanachit Kingkaew, seorang pelajar berusia 20 tahun, berkata dia sedang tidur ketika itu dan tersedar apabila mendengar jeritan seseorang.

    Seramai 11 mangsa maut terbakar di tengah Thailand. – BSS/AFP

    “Saya bangun dan perkara seterusnya yang saya tahu, van itu terbalik. Saya tidak nampak apa yang berlaku,” katanya.

    “Selepas kemalangan itu, api mula marak menyambar keseluruhan van bermula dari belakang.”

    “Saya mula menendang tingkap dan berjaya merangkak melalui lubang kecil,” katanya.

    “Tidak lama selepas itu, van tersebut meletup.”

    Nikhom Seaun, seorang sukarelawan bersama pasukan penyelamat tempatan, berkata van itu meletup beberapa saat selepas ia dijilat api.

    “Keseluruhan van terbakar dalam masa 30 saat,” katanya.

    “Saya tidak dapat berbuat apa-apa dengan alat pemadam api yang saya ada. Van itu kemudian meletup tiga hingga empat kali.”

    Yingyos, kolonel polis, mengatakan van itu menggunakan bahan api dan gas mampat tetapi laporan awal mendapati tangki minyak itu tidak bocor.

    “Kami berpendapat kebakaran berpunca daripada bahan api,” katanya sambil menambah mereka masih menyiasat punca kenderaan itu terbabas dari jalan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Adik perempuan Kim nafi Korea Utara telah membekalkan senjata kepada Rusia

    PYONGYANG, 17 MEI - Adik perempuan berpengaruh pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sekali lagi menafikan hari ini bahawa negaranya telah mengeksport sebarang senjata...