Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    12 nelayan ditahan, 3 bot pukat tunda dirampas

    COLOMBO, 14 JAN – Tentera laut Sri Lanka menahan seramai 12 nelayan India dan merampas tiga buah bot pukat tunda semasa mereka sedang menangkap ikan secara haram di perairan negara itu semalam, lapor Xinhua.

    Dalam satu kenyataan hari ini, tentera laut berkata tangkapan itu dibuat di perairan di luar Kovilan Point Lighthouse di utara bandar Jaffna, semasa operasi khas untuk mengusir bot pukat tunda India dari perairan Sri Lanka.

    Nelayan dan bot pukat tunda itu kemudian dibawa ke pelabuhan Kankesanthurai dan akan diserahkan kepada Inspektor Perikanan Mailadi untuk tindakan undang-undang.

    Sementara itu, sepanjang tahun lalu, tentera laut Sri Lanka menahan seramai 343 individu kerana terlibat dalam aktiviti haram dan merampas ribuan kilogram barangan terlarang. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda