Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    13 kelab terima Lesen Kebangsaan

    PETALING JAYA, 22 NOV – Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan sebanyak 10 kelab berjaya mendapatkan Lesen Kebangsaan tanpa dikenakan denda untuk beraksi dalam saingan Liga Super musim 2024-2025 dan satu pasukan iaitu Kelantan berdepan nasib buruk.

    Semua 10 pasukan itu ialah juara Liga Super musim ini Johor Darul Ta’zim (JDT) diikuti Perak, Sri Pahang, Selangor, Terengganu, Penang, Kuching City, Kedah Darul Aman, Negeri Sembilan dan PDRM.

    Selain itu, tiga kelab lagi iaitu Kuala Lumpur (KL) City, Kelantan United dan Sabah diberikan Lesen Kebangsaan berserta denda RM20,000 kerana kesalahan melakukan deklarasi salah manakala pemberian lesen kepada Kelantan ditangguhkan sehingga bulan depan.

    Pengerusi First Instance Body (FIB), Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif berkata keputusan terhadap Kelantan disebabkan kegagalan skuad The Red Warriors menyelesaikan bayaran tunggakan atau menyerahkan persetujuan bersama pemain dan pegawai pada tarikh ditetapkan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda