Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    14 kertas kerja dibentangkan

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV – Sebanyak 14 kertas kerja telah dibentangkan oleh pakar-pakar dalam pelbagai bidang keilmuan Islam dan pendidikan di Negara Brunei Darussalam bagi membincangkan pelbagai tajuk semasa Seminar Majlis Ilmu yang akan berlangsung selama tiga hari.

    Seminar anjuran Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) itu bermula hari ini di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dan akan diteruskan pada 27 dan 28 November depan.

    Pada hari pertama, seminar telah membincangkan subtema Pengenalan Mengenai Konsep dan Kepentingan Munajat dan Kaitannya dengan Taubat.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

    Kertas kerja bertajuk Kepentingan Taubat dalam Munajat telah disampaikan oleh Timbalan Mufti Kerajaan, Dato Seri Setia Dr Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin yang antara lain menyentuh tentang keperluan taubat bagi orang Islam sebagai cara terbaik untuk mencapai kebahagiaan dan kecemerlangan yang diharapkan dan menolak kemudaratan dan kesusahan yang hendak dihindari.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham dan antara jemputan yang hadir semasa majlis berkenaan.  – GAMBAR OLEH ADIB NOOR
    Dato Seri Setia Dr Haji Japar dan Profesor Dato Dr Haji Zulkifly serta Dr Haji Harapandi semasa pembentangan kertas kerja pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH ADIB NOOR
    Antara jemputan yang hadir semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH ADIB NOOR

    Selain berusaha dengan bersungguh-sungguh ia perlu disertai dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT untuk memohon pertolonganNya atau apa yang kita sebut sebagai munajat.

    Manakala itu, Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang UNISSA, Profesor Dato Dr Haji Zulkifly bin Muda pula membentangkan tajuk Taubat Pemangkin Ketenteraman Hati: Satu Kajian Analitikal terhadap Dimensi.

    Beliau telah memfokuskan perbincangan kepada tiga aspek utama iaitu pengertian dan konsep taubat; dimensi taubat; dan faktor pendorong kepada amalan bertaubat.

    Seterusnya, kertas kerja bertajuk Munajat dan Taubat: Kedekatan Spiritual dan Kepentingannya pula disampaikan oleh Penolong Kanan Professor, Pusat Penyelidikan dan Pengajian Jawi dan Kitab Turath, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr Haji Harapandi bin Dahri.

    Beliau menyentuh antara amalan yang berlaku dalam munajat iaitu merenungkan dosa-dosa mereka, mengungkapkan penyesalan, memohon pengampunan, dan mengungkapkan keperluan mereka kepada Allah.

    Munajat dan taubat adalah dua konsep penting dalam Islam yang memiliki kaitan erat satu sama lain.

    Ketika seseorang melakukan munajat sebagai sebahagian dari taubat, mereka menciptakan kesempatan untuk merenungkan kesalahan mereka, memohon pengampunan Allah, dan menegaskan komitmen untuk hidup lebih baik sesuai dengan ajaran agama.

    Seminar tersebut turut dibukakan kepada pegawai dan kakitangan dari pelbagai kementerian dan agensi swasta serta orang awam yang berminat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda