Saturday, May 11, 2024
25.1 C
Brunei

    -

    14 ketengah bakat sampaikan tazkirah

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MAC – Seramai 14 orang, terdiri daripada sembilan lelaki dan lima perempuan, telah mengetengahkan bakat masing-masing dalam Pertandingan Tazkirah Kumpulan Belia Masjid Senegara yang diadakan bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39, hari ini.

    Pertandingan yang berlangsung di Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Takmir Masjid Mohamed Bolkiah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Masjid.

    Dibahagikan kepada dua kategori, johan Kategori Belia Masjid ialah Awang Mohammad Hazwan Nizam bin Ibrahim, diikuti oleh Awang Muhammad Faris Mu’izzuddin bin Abdullah @ Roslan selaku naib johan dan Awang Abdul Aziz bin Noor berada di tempat ketiga.

    Bagi kategori perempuan pula, johan disandang oleh Dayang Siti Amal Zakiah binti Haji Mohd Yusof dengan Dayang Nurul Afiqah binti Lamit selaku naib johan dan Dayang Nur ‘Afifah binti Junaidi di tempat ketiga.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Amir Hisham bin Haji Masri.

    Tazkirah merupakan medium bagi menyampaikan mesej kepada sekumpulan orang dalam masa yang pendek tetapi padat dengan isi.

    Antara tujuan pertandingan berkenaan adalah untuk memberi kemahiran tentang cara menyampaikan tazkirah dengan berkesan.

    Di samping itu, ia juga dihasratkan untuk membentuk golongan pelapis daie yang berkaliber, pertandingan juga dihasratkan untuk menyemai perasaan beragama yang mendalam di dalam jiwa belia khususnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...