Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    14 maut, 63 cedera bas terhumban ke dalam parit

    ISLAMABAD, 20 FEB – Sekurang-kurangnya 14 penumpang terbunuh manakala 63 lagi cedera selepas sebuah bas terhumban ke dalam parit di daerah Chakwal di wilayah Punjab, timur Pakistan malam kelmarin, lapor Xinhua.

    Menurut pihak penyelamat, nahas berlaku di lebuh raya berhampiran kawasan Kallar Kahar.
    Bas itu dipercayai terbabas ke seberang jalan selepas mengalami masalah brek dan melanggar tiga kereta yang datang dari arah bertentangan sebelum terhumban ke dalam parit.

    Empat penumpang yang cedera dilaporkan dalam keadaan kritikal.

    Bas itu membawa penumpang yang baru selesai menghadiri majlis perkahwinan dan dalam perjalanan pulang ke Lahore dari bandar Rawalpindi. – Bernama/AP

    Sebuah ambulans membawa mangsa yang maut selepas sebuah bas terhumban ke dalam parit di wilayah Punjab, baru-baru ini. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda