Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    140 tin minuman keras dibuang semasa aksi kejar mengejar

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV – Sejumlah 140  tin minuman keras pelbagai jenama yang dibuang di kawasan perairan teluk Brunei semasa aksi kejar mengejar antara Polis Marin, PPDB, telah diserahkan ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Brunei semalam.

    Sementara suspek yang membuang barang tegahan berkenaan berjaya melepaskan diri ke perairan sempadan negara jiran. 

    Menurut kenyataan, aksi kejar mengejar berlaku semasa Operasi Sepadu Polis Marin (PolMar) dengan kerjasama Angkatan Bersenjata Brunei (ABDB) dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED). 

    Operasi berkenaan merupakan usaha untuk meningkatkan tahap  keselamatan di perairan negara ini yang menumpukan di kawasan perairan Teluk Brunei.

    Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak empat buah perahu nelayan diperiksa. Hasil pemeriksaan tidak ada mendapati sebarang kesalahan.

    Operasi Sepadu yang diadakan oleh Polis Marin dengan kerjasama Angkatan Bersenjata Brunei (ABDB) dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED). – Gambar serahan PPDB

    Kejadian kejar mengejar terjadi sekitar waktu tengah malam di mana bot PolMar telah mengesan sebuah perahu bergerak laju secara mencurigakan di kawasan zon operasi.

    Semasa kejadian, suspek telah bertindak membuang barang tegahan untuk mengelak dari ditahan dan dapat melarikan diri.

    Semua barang tegahan iaitu sebanyak 140 tin diserahkan kepada JKED untuk tindakan selanjutnya.

    Minuman keras yang berjaya dirampas dan diserahkan kepada JKED untuk tindakan lanjut. – Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda