Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘15 tahun hidup tanpa cinta’

    Selama 15 tahun melayari kehidupan tanpa lelaki bergelar suami, penyanyi dan pelakon popular, Siti Nordiana, 40, terus dihujani persoalan jodoh, lebih lagi, apabila strategi pemasaran sempena konsert solo pertamanya mencetuskan tanda tanya.

    Tidak berniat mencipta publisiti murahan, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana menyifatkan strategi pemasaran seolah-olah ingin menamatkan zaman solo itu selari dengan konsep Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 11 Mei depan.

    Akui tidak pernah lelah menjawab persoalan jodoh dan perkahwinan. Malah, terus gagah melangkah dengan hanya bertemankan cinta hati iaitu satu-satunya anak tunggal, Muhammad Rayyan Nakhaie.

    Wanita kelahiran Felda Sendayan, Negeri Sembilan mengakui, sehingga kini masih hidup sendiri dan hanya ditemani kerjaya seni yang dibina sejak 1999.

    “Saya tak kisah orang nak tanya soal kahwin. Jawapan saya tetap sama, tapi tak tahulah jika bertemu jodoh tahun depan. Mana tahu berkat doa semua orang, saya temui lelaki yang serasi.

    Nana masih hidup sendiri dan hanya ditemani kerjaya seni yang dibina sejak 1999. – mStar

    “Kalau ada jodoh, adalah. Tapi, buat masa ini, masih tiada. Saya lebih utamakan kerja dan senang kata, berkahwin dengan kerjaya.

    “Dari usia 15 tahun, saya hanya berkahwin dengan karier,” katanya kepada BH Online.

    Mengulas konsep perkahwinan dipilih untuk konsert solo pertamanya, Nana berkata, ia boleh diumpamakan seperti acara penyatuannya bersama peminat yang selama ini tetap setia menyokongnya.

    “Saya akan bersanding dengan peminat di Zepp Kuala Lumpur pada 11 Mei depan. Harap ramai yang datang konsert solo pertama saya.

    “Sebelum ini, ada juga konsert, tapi ia bukanlah berskala besar. Alhamdulillah akhirnya terlaksana juga impian saya mahu mengadakan konsert tahun ini,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda