Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    15,000 pengguna bekalan elektrik terputus di NZ

    WELLINGTON, 12 FEB – Kira-kira 15,000 pengguna mengalami gangguan bekalan elektrik di Auckland, utara New Zealand akibat siklon Gabrielle melanda negara itu, menurut syarikat tenaga tempatan Vector hari ini.

    “Siklon Gabrielle mengakibatkan gangguan bekalan elektrik yang meluas, terutamanya di seluruh utara Auckland. Krew kami bertindak balas secepat mungkin.

    “Sehingga 7 malam, kira-kira 15,000 pengguna terputus bekalan elektrik,” menurut syarikat itu dalam satu kenyataan. Firma itu memaklumkan bahawa gangguan bekalan elektrik dijangka berterusan sehingga Isnin, berikutan keadaan cuaca bertambah buruk, lapor Sputnik.

    Pengurusan Kecemasan Auckland menggesa orang ramai bersiap sedia menghadapi gangguan bekalan elektrik besar-besaran termasuk menyimpan stok makanan, bateri, selimut, dan pakaian tebal, serta mengikuti perkembangan semasa di radio. – Bernama

    Orang ramai menyaksikan ombak membadai tebing di pantai Auckland ketika taufan Gabrielle melanda New Zealand hari ini. – Foto AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda