Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    2 terbunuh dalam insiden perlombongan

    SYDNEY, 16 FEB – Dua lelaki ditemui mati hari ini selepas jatuh ke dalam lombong zink Australia, yang digambarkan oleh rakan sekerja sebagai pengakhiran yang ‘menyedihkan’ kepada usaha menyelamat lebih 24 jam.

    Pelombong terbabit berada dalam kenderaan utiliti ringan yang terjatuh ke dalam terowong bijih semalam di lombong Sungai Dugald di Queensland, kata pemilik kemudahan itu dalam satu kenyataan.

    “Ini berita yang menyedihkan dan saya menyampaikan rasa simpati dan ucapan takziah kepada keluarga, rakan, rakan sekerja dan orang tersayang Trevor dan Dylan,” kata ketua eksekutif Perenti, Mark Norwell. Trevor Davis, 36, dan Dylan Langridge, 33, maut akibat cedera parah dalam kejadian itu, yang berlaku kira-kira 125 meter di bawah tanah. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda