Friday, May 17, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    22 ular dirampas dalam bagasi wanita tiba dari KL

    NEW DELHI, 30 APRIL – Pihak berkuasa lapangan terbang India menemukan 22 ekor ular dalam bagasi seorang wanita yang tiba dari Kuala Lumpur, di lapangan terbang Chennai.

    Menurut Jabatan Kastam Chennai kelmarin, penumpang wanita itu ditahan sebaik tiba dengan penerbangan AirAsia pada Jumaat.

    Pihak berkuasa menemukan pelbagai spesies ular dan seekor kameleon atau sumpah-sumpah ketika melakukan pemeriksaan ke atas bagasi wanita itu.

    Reptilia itu kemudian dirampas di bawah undang-undang kastam dan perlindungan hidupan liar.

    Menurut laporan media tempatan, reptilia itu dibungkus dalam bekas plastik lutsinar.

    Reptilia itu antara spesies yang mendapat permintaan tinggi dalam perdagangan hidupan liar haram di India dan rampasan seperti itu bukanlah perkara luar biasa.

    Pada Januari tahun ini, 45 ekor ular sawa dan lapan ekor ular jagung serta masing-masing tiga ekor marmoset (monyet) dan kura-kura dirampas di Chennai daripada seorang penumpang yang tiba dari Thailand.

    Menurut laporan tahunan Direktorat Perisikan Hasil (Directorate of Revenue Intelligence (DRI)) India, sebanyak 1,204 reptilia spesies eksotik seperti ular sawa, iguana, monitor lizard, ular jagung dan kura-kura Afrika turut dirampas di lapangan terbang Chennai pada Oktober 2022. – Bernama

    Sebahagian ular yang dirampas. – The Indian Express
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Adik perempuan Kim nafi Korea Utara telah membekalkan senjata kepada Rusia

    PYONGYANG, 17 MEI - Adik perempuan berpengaruh pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sekali lagi menafikan hari ini bahawa negaranya telah mengeksport sebarang senjata...