Thursday, May 2, 2024
26.9 C
Brunei

    -

    Ramai jangka Andy Teh terlibat dalam prekuel Mat Kilau

    Pelakon Andy Teh mendedahkan dia kini sedang terlibat dalam penggambaran sebuah filem epik yang bakal ditayangkan tahun hadapan.

    Bagaimanapun Andy atau Andy Teh Kim Huat, 37, tidak dapat berkongsi lanjut mengenai projek berkenaan namun memberitahu penggambaran sudah 80 peratus siap.

    “Kalau boleh banyak yang ingin saya kongsikan termasuk gambar di lokasi tapi buat masa sekarang saya tak boleh bercerita lanjut. Apa saya boleh beritahu dalam filem tersebut saya melakonkan watak antagonis.

    “Ia sebuah filem epik dan kini penggambaran boleh dikatakan 80 peratus siap. Mungkin filem itu akan ditayangkan tahun depan. Tunggu sahaja nanti,” katanya kepada mStar.

    Andy berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran gimnasium seni mempertahankan diri miliknya iaitu Elitez Mixed Martial Arts yang terletak di Shah Alam pada Sabtu.

    Meskipun tidak berkongsi tajuk atau perkembangan terkini filem tersebut namun sebelum ini ramai meneka Andy merupakan salah seorang pelakon dalam prekuel filem Mat Kilau.

    Sementara itu, bercakap mengenai pembukaan cawangan kedua gimasium tersebut, Andy berkata, dia sebenarnya mula berjinak-jinak dalam seni mempertahankan diri sejak 17 tahun lalu.

    Bercerita lanjut tentang penglibatan dalam sukan ini, Andy juga turut bekerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan menggerakkan kempen anti buli di sekolah sekitar Selangor. – Agensi

    Nama Andy disebut-sebut sebagai salah seorang pelakon filem terbaharu Mat Kilau. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

    HONIARA, 2 MEI - Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor...