Oleh Daniel Lim
BELAIT, 20 JAN – Satu kontinjen yang terdiri daripada Persatuan Pacuan Empat Roda Brunei (PKTLB), Kelab Lion Belait dan Lotus Light Charity Society (LLCS) bergabung tenaga untuk menyebarkan keceriaan kepada penduduk kawasan luar bandar Daerah Belait menjelang sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) minggu depan.
Diadakan sebagai sebahagian daripada Pandu Amal TBC tahunan, kontinjen yang diketuai wakil setiap kumpulan, termasuk Naib Presiden Pertama Kelab Lion Belait, Johnny Cheong; Presiden PKTLB, Abidin Musa dan pengerusi LLCS, Yeo Tiong Lok telah mengadakan kunjungan ke Labi kelmarin.
Semasa lawatan, kontinjen telah menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan dan sumbangan wang dalam bentuk ang pao kepada 26 penerima.