Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    28 syarikat dibenarkan kendali pakej umrah

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MEI – Syarikat Firdaus Al-Munawwarah Travel Services Sdn Bhd telah diberikan kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan pakej umrah menggunakan visa pelancong Arab Saudi bagi tahun 2024.

    Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Jabatan Urusan Haji mengumumkan perkara tersebut melalui kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

    Dengan kebenaran yang diberikan kepada sebuah lagi syarikat pelancongan tersebut, maka kini terdapat sebanyak 28 buah syarikat pelancongan yang telah diberikan kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan pakej umrah menggunakan visa pelancong Arab Saudi bagi tahun 2024.

    Sehubungan dengan itu, orang ramai yang berhasrat untuk menunaikan ibadat umrah bolehlah mengikuti dan berhubung terus dengan syarikat-syarikat yang telah diberikan kebenaran itu.

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda