Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    3 perusahaan ikuti Cabaran Innovate bawa pulang $20,000

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 NOV – Setelah melalui persaingan yang melelahkan selama 5 minggu, tiga buah perusahaan pemula dinobatkan sebagai pemenang semasa Innovate Challenge by Brunei Innovation Lab (BIL) dan membawa pulang hadiah berjumlah keseluruhan $20,000 dengan Majlis Penyampaian dan Penutup bagi Cabaran Innovate diadakan di Bangunan Rekaan dan Teknologi, Anggerek, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi cabaran berkenaan ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof.

    Turut hadir di majlis berkenaan ialah Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) dan Darussalam Enterprise (DARe), Daniel Leong, Ketua Pegawai Eksekutif Datastream Digital (DST), Raden Sufri Raden Basiuni, Subsurface Development Lead di Brunei Shell Petroleum dan Pengerusi Shell LiveWIRE Brunei, Md Erwan bin Md Said serta Pengarah Program Shell LiveWIRE Brunei, Abdul Qawiem bin Yacob.

    Tempat pertama dalam cabaran berkenaan ialah SkyVision yang mengetengahkan sistem pemantauan video dan foto yang dikuasakan AI di mana ia direka bagi kegunaan di kawasan-kawasan keselamatan kritikal dalam industri.

    Projek SkyVision berkenaan telah menerima hadiah pertama berjumlah $10,000.

    Sementara di tempat kedua ialah everBetter yang mengetengahkan projek papan pemuka data bagi Pertunjuk Prestasi Utama (KPIs) organisasi di mana membawa pulang hadiah berjumlah $6,000.00.

    Manakala itu, di tempat ketiga ialah Keplar yang mengetengahkan projek aplikasi mudah alih semua-dalam-satu, yang bermatlamat untuk mempromosikan program kawalan populasi haiwan terbiar secara bertanggungjawab di tapak-tapak perindustrian di mana projek itu membawa pulang hadiah berjumlah $4,000.

    Haji Mohammad Nazri bergambar-ramai dengan para pemenang bagi Innovate Challenge by Brunei Innovation Lab, baru-baru ini.

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Jumaat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda