Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    4Kfresh juara kejohanan frisbee

    Oleh Adib Noor –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OKT – 4Kfresh bangkit mengatasi segala-galanya dan dinobatkan sebagai juara Kejohanan Ultimate Frisbee Troopers Piring Ultimate and Yellowtape Sports yang diadakan hari ini di Kompleks Sukan Jerudong.

    Sementara itu, tempat kedua jatuh kepada Pasukan Piring Mangkuk dan Pasukan YNWA menduduki tempat ketiga dalam kejohanan itu.

    Sebanyak 14 pasukan bertanding dalam Kejohanan Ultimate Frisbee yang dianjurkan untuk mempromosikan sukan frisbee di Negara Brunei Darussalam.

    Kejohanan ini juga menggalakkan semangat komuniti yang menyatukan minat bersama.

    Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada pasukan pemenang ialah Ketua Perhubungan Awam dan Komunikasi Progresif, Dayang Hafiza binti Mohamad serta Pengasas Bersama Yellowtape Sports, Afiff Razali, Hanif Iqbal dan Aimiza Zaini.

    4Kfresh bergambar dengan pingat yang dimenangi mereka. – Gambar Rafi Rosli
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda