Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    50 cedera dalam bantahan

    JULIACA, PERU, 10 FEB – Hampir 50 orang cedera di Peru dalam pertempuran ganas di antara pembantah antikerajaan dan penguat kuasa undang-undang di luar sebuah lapangan terbang semalam, sebulan selepas 10 penunjuk perasaan terbunuh di lokasi yang sama.

    Satu perarakan telah dianjurkan di bandar Juliaca, rantau selatan Peru d Puno, untuk menuntut keadilan untuk 18 orang awam yang terbunuh pada 9 Januari, namun ia bertukar menjadi ganas apabila pembantah sekali lagi cuba memasuki lapangan terbang Inda Manco Capac.

    Seramai 21 pembantah mengalami kecederaan, termasuk tiga budak, salah seorang di antara mereka mengalami luka tembakan di kaki, lapor agensi perubatan tempatan.
    Polis berkata 25 pegawai cedera dalam pertempuran itu. – AFP

    Seorang pembantah antikerajaan mencabar polis di Lima,Peru pada 9 Februari 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda