Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    639kg sampah berjaya dikutip oleh pelajar St Andrew

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 FEB – Lebih 240 pelajar Sekolah St Andrew telah menyertai kempen pembersihan pantai di Pantai Muara, kelmarin.

    Sebanyak 639 kilogram (kg) sampah telah dikumpulkan, mengatasi rekod mereka sendiri tahun lepas iaitu 474kg.

    Menurut kenyataan yang diberikan, kerja berpasukan dan sikap positif memainkan peranan penting dalam kalangan pelajar, dengan bantuan guru yang berdedikasi dan sokongan ibu bapa mereka untuk mencapai matlamat bersama.

    Pelajar Sekolah St Andrew menyertai kempen pembersihan di Pantai Muara baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN SEKOLAH ST ANDREW
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda