Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    7.5 juta kanak-kanak terima vaksin anti-polio

    KABUL, 30 JAN – Lebih daripada 7.5 juta orang kanak-kanak di bawah lima tahun akan menerima vaksin anti-polio di 21 dari 34 wilayah Afghanistan, kata Kementerian Kesihatan Awam negara itu.

    Seramai 7,580,085 orang kanak-kanak di bawah lima tahun akan menerima dos vaksin di 233 daerah di 21 wilayah semasa kempen anti-polio selama empat hari yang dilancarkan kelmarin, tambah kenyataan itu.

    Kempen serupa untuk membasmi penyakit itu juga dilancarkan sebulan yang lalu pada 29 Disember di negara yang dilanda perang, di mana sekitar 7.5 juta orang kanak-kanak di bawah lima tahun diberi vaksin terhadap polio.

    Enam kes polio positif dilaporkan telah didaftarkan di Afghanistan pada 2023. Setakat ini tiada statistik telah dikeluarkan untuk mengesahkan pengesanan kes polio positif pada tahun semasa.

    Menurut Tabung Kecemasan Kanak-kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Afghanistan dan Pakistan adalah satu-satunya dua negara endemik polio yang tersisa di seluruh dunia. – Xinhua

    Seorang kanak-kanak Afghanistan diberikan vaksin anti polio.- Xinhua

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda