Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    9 calon Republikan bertanding jawatan speaker Dewan AS

    WASHINGTON, 23 OKT – Calon tunggal dari Texas Pete Sessions antara sembilan calon Republikan yang bersaing untuk mengisi jawatan speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

    Sessions, 68, mengisytiharkan pencalonannya pada Jumaat, sejurus Ahli Dewan Perwakilan mengetepikan pencalonan Pengerusi Badan Kehakiman Jim Jordan selepas beliau tewas dalam tiga pusingan undian.

    Dua pengerusi jawatankuasa dari Texas, Roger Williams, dari Willow Park dan Jodey Arrington dari Lubbock memilih untuk tidak bertanding.

    “Rakyat Amerika sudah bosan dengan ketidakcekapan kita.

    “Kita perlu bersatu semula, fokus pada tujuan kita dan kembali berjuang untuk masa depan negara kita,” kata Arrington dalam satu kenyataan.

    Jawatan Speaker itu kosong sejak 3 Oktober, menyebabkan Dewan Perwakilan AS gagal berfungsi. – Bernama

    – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda