Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aediesopian juara Beyblade X

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 FEB – Awang Aediesopian bin Haji Ismail daripada Pasukan Jakusha Bladers muncul juara pertandingan Beyblade X (Special Event) anjuran DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam setelah menewaskan Awang Sharizmi Hanis bin Haji Sharbini juga daripada pasukan yang sama dalam perlawanan akhir beyblade yang diadakan di Teratak DBos di Kampung Mentiri.

    Sementara itu, Awang Mimi Nazuwan bin Haji Ibrahim daripada pasukan yang sama merangkul tempat ketiga dan Awang Massuny bin Haji Mohid daripada Pasukan Underground Beys berjaya mendapat tempat keempat.

    Manakala, pemenang hadiah sagu hati lapan teratas disandang oleh Pengiran Hasswandy, Awang Salllehuddin, Dayang Norhayati dan Awang Muhammad Eddy Shahnoor Syakirin.

    Dalam perlawanan beyblade berasingan anjuran Underground Beys Tournament yang diadakan di Jalan Binglu Utara, RPN Tanah Jambu, Awang Amiruddin bin Haji Abdi Manaf daripada Pasukan Jakusha Bladers berjaya membolot ketiga-tiga tempat teratas setelah beliau berjaya menewaskan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir.

    Sementara itu, tempat keempat disandang oleh Awang Harris Abdullah yang juga daripada Pasukan Jakusha Bladers.

    Hadiah-hadiah sagu hati dimenangi oleh Haji Rosaimi, Awang Junaidi dan Awang Muhammad Akmal Yamin.

    Dalam perebutan gelaran juara Liga Beyblade Brunei Darussalam 2023/2024, Pasukan Jakusha Bladers masih mengungguli carta liga dengan memperoleh 141 mata, diikuti oleh Pasukan Ghostbeys dengan 73 mata, Pasukan Underground Beys (73 mata), Pasukan Santai Aja Bladerz (65 mata) dan Pasukan Beyblade Madness (7 mata).

    Gambar ramai semasa acara berkenaan. – GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE BRUNEI DARUSSALAM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda