Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    AFSA lawat penjara di Sabah dan Labuan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MEI – Seramai tujuh orang ahli Persatuan Aftercare Support Association (AFSA), hari ini, berlepas ke Malaysia bagi mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Penjara Negeri Sabah dan Wilayah Perseketuan Labuah selama tiga hari.

    Rombongan lawatan diketuai oleh Presiden AFSA, Hajah Juhana binti Haji Mohd Jaya.

    Lawatan yang bermula pada hari ini hingga 26 Mei 2024 itu antara lain bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan pelbagai kemahiran bagi menyantuni bekas-bekas banduan (Rakan Seliaan).

    Di samping melihat dan mempelajari program dan aktiviti yang dilaksanakan di sana dan mengeratkan hubungan silaturahim dan setia kawan di antara pegawai-pegawai Jabatan Penjara Sabah dan Wilayah Perseketuan Labuan dengan pegawai-pegawai AFSA.

    Rombongan AFSA bergambar ramai sebelum berlepas ke Wilayah Persekutuan Labuan. – Gambar serahan AFSA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda