Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda pelbagai kawasan, lapor Xinhua.

    Suhu tinggi direkodkan selama beberapa hari di wilayah Kanto-Koshin, dengan cuaca panas melampau di beberapa kawasan hari ini, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

    Suhu tertinggi dijangka mencecah 37 darjah Celsius di Maebashi dan Kumagaya, manakala Mito sekitar 36 darjah Celsius, menurut JMA.

    Tokyo, Yokohama, Utsunomiya dan Kofu pula dijangka merekodkan bacaan sekitar 35 darjah Celsius.

    Agensi cuaca dan Kementerian Alam Sekitar mengeluarkan amaran strok haba untuk wilayah Ibaraki, Kepulauan Izu dan Chiba. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda