Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahli DPPMB menghadiri SABC dan SIBC 2023 di KL

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OKT – Seramai 16 orang peniaga dari Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei (DPPMB) telah menghadiri Persidangan Perniagaan ASEAN Selangor (SABC) ke-7 dan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBC) ke-7 yang berlangsung di Pusat Persidangan Kuala Lumpur.

    Acara dari 19 Oktober hingga kelmarin itu memberi berpeluang kepada ahli-ahli untuk melihat lebih dekat lagi produk, perkhidmatan dan pelaburan yang ditawarkan oleh
    Negeri Selangor.

    Ia dianjurkan oleh Invest Selangor Berhad dan menggabungkan pelbagai industri seperti makanan dan minuman (F&B), bandar pintar dan ekonomi digital, inovasi, perubatan dan tapak taman industri.

    Ahli-ahli DPPMB bergambar bersama EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti, Ng Sze Han dan Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Bhd, Dato’ Hasan Azhari Haji Idris. – Gambar serahan DPPMB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda