Monday, September 30, 2024
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aishah cemas seluar koyak

    Penyanyi Datuk Aishah berdepan detik cemas apabila seluar yang dipakai ketika melakukan persembahan di pentas minggu kedua All Stars Gegar Vaganza malam kelmarin terkoyak.

    Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 58, berkata lebih malang apabila seluarnya itu terkoyak di bahagian celah kelengkang beberapa minit sebelum gilirannya mengadakan persembahan.

    “Baju untuk persembahan ini bukan semua yang selesa, dah pakai cantik-cantik, tak boleh lasak-lasak.

    “Malam tadi kru dah panggil suruh bersedia, sekali saya perasan seluar koyak betul-betul di celah kelengkang,” katanya.

    Aishah berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya hari ini yang turut memaparkan pakaian yang dikenakan pada malam tersebut.

    Disebabkan kejadian itu, Aishah memaklumkan penata gayanya terpaksa menjahit bahagian yang terkoyak dalam masa beberapa minit sebelum gilirannya mengadakan persembahan.

    Namun kata Aishah, semua dalam keadaan terkawal dan bersyukur mempunyai pasukan yang sentiasa bersedia bagi memastikan penampilannya dalam keadaan baik.

    “Bahan baju saya itu lace, memang halus. Ambik kau terpaksa jahit celah kelengkang saya itu sambil berdiri.” – Agensi

    Aishah pasrah seluar dijahit semasa berdiri. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda