Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktivis selar perdebatan iklim diabaikan

    STOCKHOLM, 9 SEPT – Dua hari sebelum rakyat Sweden membuang undi dalam pilihan raya umum, aktivis iklim yang paling terkenal di negara itu, Greta Thunberg, hari ini menyatakan rasa kesal dengan kekurangan perdebatan mengenai iklim.

    Kebimbangan iklim tidak menjadi tumpuan dalam kempen pilihan raya kali ini. Pengundi lebih tertumpu kepada peningkatan keganasan kumpulan dan kenaikan harga tenaga.

    “Krisis iklim telah diabaikan dalam kempen pilihan raya ini. Adalah lebih baik jika isu tenaga kurang diberi perhatian. Jadi banyak yang perlu kita lakukan,” katanya kepada AFP.

    Pilihan raya perundangan Sweden akan diadakan pada Ahad, di mana 349 kerusi parlimen dipertandingkan, dan di jangka akan menjadi persaingan sengit, dengan blok sayap kiri dan kanan akan memperoleh undian terikat.

    “Saya memprotes kerana hanya dengan mengundi sahaja tidak mencukupi,” kata Thunberg, mengkritik ahli politik kerana tidak memberikan perhatian kepada masalah iklim.

    “Buat masa ini tiada satu pun parti politik yang mengadakan kempen,” tambahnya. Aktivis berusia 19 tahun itu layak mengundi pada tahun ini, namun masih belum membuat keputusan untuk mengundi parti yang mana satu.

    Tetapi beliau menegaskan adalah penting bagi orang ramai untuk menyuarakan kebimbangan mereka “untuk menunjukkan kepada ahli politik bahawa iklim dan kecemasan alam sekitar adalah sesuatu yang kami ambil berat dan kami tidak akan membiarkan mereka terlepas empat tahun lagi tanpa melakukan apa-apa”.

    Thunberg, yang memulakan “Mogok sekolah untuk iklim” di luar parlimen Sweden dua minggu sebelum pilihan raya tahun 2018 ketika dia berusia 15 tahun, telah bangkit menjadi salah seorang aktivis paling terkenal di dunia mengenai perubahan iklim.

    Menerajui gerakan belia global, Thunberg telah berucap di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan telah dinobatkan pemenang Hadiah Keamanan Nobel. – AFP

    Aktivis iklim Sweden berarak semasa protes di Stockholm, Sweden. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda