Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktiviti tanam pokok di Hutan Simpan Sungai Penyatang

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 26 JULAI – Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR), ChampionX dengan kerjasama SPHIERE Sdn Bhd dan Jabatan Perhutanan Brunei telah menganjurkan acara penanaman pokok yang diadakan di Hutan Simpan Sungai Penyatang, Tutong kelmarin.

    Acara yang diketuai oleh Pengurus Negara ChampionX, Evan Harvey dan pengarah SPHIERE Sdn Bhd, Haji Ahmad Najib bin Haji Mohidin itu menyaksikan para pegawai dan kakitangan ChampionX menanam 30 anak pokok jenis ru runang dan ru laut.

    Dalam ucapan ringkas, Evan menyatakan bahawa ChampionX komited untuk mempertingkat persekitaran dan kehidupan tempat ia beroperasi.

    “Kami berasa bangga untuk bekerjasama dengan SPHIERE hari ini untuk mengekalkan kelestarian persekitaran Brunei bagi dihayati dan dinikmati oleh generasi akan datang,” tambahnya.

    Evan Harvey dan Haji Ahmad Najib mengambil bahagian semasa aktiviti penanaman pokok. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda