Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Akuarium rai anak penguin Afrika

    SCOTTSDALE, ARIZONA, 19 FEB – Sebuah akuarium Arizona meraikan penetasan anak penguin Afrika, berkata tambahan anak penguin adalah amat berharga dari segi genetik ketika zoo dan akuarium di seluruh dunia berusaha memastikan kelangsungan spesies menerusi program pembiakan dan usaha pemuliharaan.

    Pegawai di Akuarium OdySea mengumumkan berita itu pada Jumaat, dan menyiarkan video burung tersebut di media sosial. Anak penguin itu akan ditempatkan bersama ibu sehingga ia bersedia diperkenalkan kepada orang ramai.

    Populasi penguin Afrika telah merosot mendadak sejak sedekad lalu dan disenaraikan sebagai spesies terancam oleh Kesatuan Pemuliharaan Alam Antarabangsa.

    Pegawai berkata dua daripada tiga anak penguin di Scottsdale adalah dari sangkak burung yang sama, menetas dari ibu bapa Mojo dan Lemieux – pasangan yang dipilih sebagai sebahagian daripada program pembiakan.

    Manakala anak ketiga menetas daripada pasangan Bubbles dan Weasley.

    Ketiga-tiga anak masih belum dinamakan, dan jantina juga belum disahkan. Untuk sekarang, anak penguin itu hanya dikenali berdasarkan nombor 42, 43 dan 44. – AP

    Gambar serahan Akuarium OdySea menunjukkan doktor veterinar memeriksa penguin 43 di Akuarium OdySea di Scottsdale, Arizona. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda