Saturday, May 11, 2024
31.6 C
Brunei

    -

    Alcaraz pantang mundur

    PARIS, 26 MEI – Pemain sensasi remaja, Carlos Alcaraz menyelamatkan mata perlawanan dan bangkit daripada ketinggalan 3-0 pada set terakhir untuk menewaskan rakan senegara dari Sepanyol, Albert Ramos-Vinolas dan mara ke pusingan ketiga Terbuka Perancis, kelmarin.

    Pilihan keenam berusia 19 tahun itu, yang dikhabarkan akan memecahkan cengkaman Grand Slam Novak Djokovic dan Rafael Nadal, menang 6-1, 6-7 (7/9), 5-7, 7-6 (7/2), 6-4 dalam perlawanan epik yang berlangsung selama empat jam 34 minit.

    Alcaraz, yang membida untuk menjadi satu-satunya remaja kelapan memenangi gelaran Grand Slam lelaki, mencatatkan 74 mata kemenangan dan 74 unforced errors di Court Simonne-Mathieu.

    Ramos-Vinolas yang berusia 34 tahun dan menduduki tempat ke-44 dunia, menyelamatkan 23 daripada 31 break points sebelum Alcaraz melakukan pukulan yang menakjubkan untuk memenangi perlawanan.

    Alcaraz menyelamatkan mata perlawanan pada permainan ke-10 set keempat dan tidak lama kemudian ketinggalan 3-0 dalam set penentuan.

    Dia menguasai empat perlawanan seterusnya dengan Ramos-Vinolas berusaha bangkit bagi menyamakan kedudukan 4-4.

    Walau bagaimanapun, dengan semangat yang berkobar-kobar, Alcaraz mampu kembali beraksi cemerlang sekali lagi untuk mencatat 5-4.

    Ramos-Vinolas tidak lama kemudian ketinggalan tiga mata perlawanan dan Alcaraz meraih kemenangan dengan ace ke-10nya.

    Dia seterusnya akan menentang sama ada Richard Gasquet atau Sebastian Korda untuk mendapatkan tempat dalam 16 terakhir nanti. – AFP

    Aksi pemain Sepanyol, Carlos Alcaraz semasa perlawanan perseorangan lelaki pada hari keempat kejohanan tenis Terbuka Roland-Garros kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...