Monday, May 20, 2024
34.6 C
Brunei

    -

    Jepun buka sempadan pada Jun

    TOKYO, 26 MEI – Kerajaan Jepun sedang membuat persiapan akhir untuk membuka semula pintu sempadan kepada pelancong asing pada Jun, lapor agensi berita Kyodo, memetik sumber.

    Sejak Mac, Jepun telah melonggarkan kawalan sempadan yang dikenakan susulan pandemik COVID-19, dan kini negara ini merancang untuk menambah had ketibaan luar negara kepada 20,000 sehari bermula 1 Jun. Jepun akan menerima pelancong asing berdasarkan kuota, kata sumber itu pada Rabu.

    Perdana Menteri Fumio Kishida dijangka mengumumkan perkara itu paling awal pada Khamis.

    Jepun satu-satunya anggota Kumpulan Tujuh negara yang masih belum membuka pintunya untuk kemasukan pelancong asing.

    Sebagai permulaan, Jepun pada Selasa mula menerima lawatan berskala kecil untuk pelancong yang divaksin dari Amerika Syarikat, Australia, Thailand dan Singapura.

    Jumlah pelawat asing ke Jepun mencatatkan rekod 31.88 juta pada 2019 dan angka itu menjunam ke paras terendah iaitu 245,900 pada 2021.

    Jepun menyasarkan untuk menarik sehingga 60 juta pelancong asing pada 2030. – Bernama

    Pelancong dalam pakaian tradisional kimono Jepun berjalan di daerah Asakusa di Tokyo dalam gambar fail Julai 2020. Jepun akan membuka semula sempadannya kepada pelancong asing pada 10 Jun, namun dalam jumlah pelancong yang terhad. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lai Ching-te dilantik sebagai presiden Taiwan

    TAIPEI, 20 MEI - Lai Ching-te mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan pada Isnin, memulakan penggal di mana beliau dijangka meneruskan dasar kemerdekaan de...