Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Algeria gantung perlawanan

    ALGIERS, 19 OKT – Persekutuan Bola Sepak Algeria (FAF) kelmarin mengumumkan bahawa ia telah menangguhkan semua perlawanan ‘sehingga diberitahu kelak’ sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin.

    “Sambil menyatakan solidariti dengan rakyat Palestin yang tabah, bersaudara dan sebagai penghormatan terhadap syuhada yang mulia dan menjadi mangsa serangan Zionis yang kejam di Semenanjung Gaza terhadap penduduk Palestin yang diduduki, FAF telah memutuskan untuk menangguhkan semua pertandingan dan perlawanan sehingga diberitahu kelak,” kata persekutuan itu dalam satu kenyataan.

    Keputusan itu diambil susulan serangan roket di kawasan hospital di Gaza yang menurut kumpulan Islam Hamas, telah membunuh ratusan orang.

    Hamas telah menyalahkan Israel atas serangan itu, yang telah diterima oleh kerajaan beberapa negara Arab dan Islam.

    Sebagai penyokong tegar perjuangan Palestin, Algeria mengumumkan pada Ahad bahawa ia bersedia menjadi tuan rumah ‘semua perlawanan rasmi dan bukan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Palestin sebagai sebahagian daripada persiapan untuk kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 serta menanggung semua perbelanjaan yang berkaitan dengan acara-acara tersebut’.

    Sehubungan itu, perlawanan kelayakan Piala Dunia antara pasukan Palestin dan Australia pada 21 November akan berlangsung di bumi Algeria. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda