Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Algeria umum AS$1 bilion untuk pembangunan Afrika

    ALGERIA, 20 FEB – Presiden Algeria, Abdelmadjid Tebboune berkata kelmarin negara Afrika Utara akan memperuntukkan AS$1 bilion dolar untuk membiayai projek pembangunan di seluruh benua melalui Agensi Kerjasama Antarabangsa Algeria untuk Perpaduan dan Pembangunan.

    Agensi berita rasmi APS berkata keputusannya diumumkan dalam ucapan yang dibacakan oleh Perdana Menteri Aimene Benabderrahmane pada sidang kemuncak tahunan pemimpin Kesatuan Afrika di ibu negara Ethiopia, Addis Ababa.

    “Saya telah memutuskan untuk menyuntik satu bilion dolar AS untuk manfaat Agensi Kerjasama Antarabangsa Algeria untuk Perpaduan dan Pembangunan bagi membiayai projek pembangunan di negara-negara Afrika,” baca ucapan itu, yang sebahagiannya diterbitkan oleh APS.

    Ia berkata perhatian akan diberi-kan kepada projek integrasi atau yang boleh menyumbang kepada mempercepatkan pembangunan di Afrika.

    Tebboune berkata pendekatan agensi itu berdasarkan keyakinan Algeria bahawa “keselamatan dan kestabilan di Afrika dikaitkan dengan pembangunan”. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda