Sunday, January 26, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ambil gambar di landasan, pelancong maut digilis kereta api

    TOKYO, 24 JAN – Seorang pelancong dari Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) maut di Otaru, Hokkaido, Jepun, selepas dilanggar kereta api kelmarin.

    Menurut laporan media Jepun, kemalangan itu berlaku kira-kira jam 11:30 pagi berhampiran lintasan kereta api di Laluan JR Hakodate.

    Mangsa dikatakan berada di atas landasan untuk mengambil gambar pemandangan laut menggunakan telefon pintarnya sebelum dilanggar oleh kereta api laju Airport Express yang menuju dari Otaru ke Lapangan Terbang New Chitose.

    Mangsa segera dibawa ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia kemudian.

    Insiden tersebut menyebabkan gangguan kepada perkhidmatan kereta api selama kira-kira satu setengah jam, melibatkan 19 kereta api.

    Konsulat Jeneral China di Sapporo mengesahkan telah segera menghubungi pihak berkuasa Jepun untuk mendapatkan butiran insiden itu.

    Konsulat berkenaan memantau situasi dengan rapat dan berhubung dengan pihak-pihak berkaitan untuk memberikan bantuan yang diperlukan kepada keluarga mangsa. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda