Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ambil tindakan terhadap pembeli komponen infrastruktur utiliti yang dicuri – Julaihi

    KUCHING, 17 JAN – Tindakan tegas perlu diambil untuk menangani pembeli barangan atau komponen infrastruktur utiliti yang dicuri, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi.

    Beliau berkata tanpa pembeli yang mahu membeli barangan curi seperti kabel dan komponen tembaga, aktviti vandalisme terhadap infrastruktur utiliti di Sarawak dapat dibenteras.

    “Aktiviti vandalisme ini berlaku berdasarkan pasaran serta bekalan penawaran dan pemintaan. Jika ada pembeli, ini akan menggalakkan lagi pembekalan barangan curi ini oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Kita harap pihak berkuasa akan ambil tindakan tegas,” katanya.

    Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Taklimat Pelaksanaan 23 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) baharu Sarawak, hari ini. Sehingga kini, terdapat sebanyak 133 PEDi sedia ada di Sarawak dengan sejumlah besarnya dibangunkan di kawasan luar bandar.

    Pada 25 Oktober tahun lalu, Julaihi berkata kementeriannya antara lain mengambil pendekatan pendidikan di peringkat awal dalam usaha membanteras vandalisme terhadap infrastruktur utiliti negeri itu.

    Katanya melalui usaha itu intervensi serta kesedaran awal boleh diberikan kepada anak-anak muda di peringkat sekolah mengenai pentingnya infrastruktur itu kepada penduduk sesuatu kawasan.

    Beliau berkata pendekatan pendidikan itu telah dimulakan di Sekolah Seni Malaysia Sarawak di Kuching dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sematan. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda