Friday, June 28, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Anggota kumpulan Rabbani, Nazrul Azhar meninggal dunia

    Anggota kumpulan nasyid Rabbani iaitu Nazrul Azhar Tamrin meninggal dunia kira-kira pukul 4:45 petang di kediamannya di Saujana Utama, Sungai Buloh pada kelmarin.

    Memetik laporan mStar, Berita pemergian Nazrul disahkan rakannya yang juga anggota Rabbani iaitu Azadan Abdul Aziz.

    Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 47 tahun.

    “Saya dapat berita pemergiannya pukul 4 petang tadi dari anaknya memaklumkan Allahyarham tak sedarkan diri dan sedang menunggu ambulans untuk dibawa ke hospital.

    “Bagaimanapun Nazrul disahkan meninggal dunia pada 4:45 petang tadi,” katanya ketika dihubungi mStar.

    Berkongsi lebih lanjut, Azadan berkata, Nazrul sudah lama menderita komplikasi akibat penyakit buah pinggang sejak lapan tahun lalu.

    “Buah pinggang arwah memang sudah lama rosak kedua-duanya, kami juga sudah lama rehatkan dia.

    “Hampir lapan tahun juga dia berehat… mata juga sudah tidak kabur,” kongsinya.

    Kata Azadan, kali terakhir dia bertemu arwah adalah dua hari lalu bagi membincangkan kutipan dana kos rawatannya.

    “Dua hari lepas sempat saya bertemu dia ketika itu tangan kirinya sedang membengkak.

    “Kami sedang berpakat untuk mencari dana sebanyak RM15,000 untuk pembedahan tapi tidak kesampaian,” katanya lagi. – Agensi

    Nazrul (bawah kanan) meninggal dunia di rumahnya. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Firma Jepun siasat 76 lagi kematian berkaitan suplemen

    TOKYO, 28 JUN - Pengeluar makanan tambahan kesihatan Jepun, Kobayashi Pharmaceutical berkata pada hari ini ia sedang menyiasat 76 lagi kematian yang mungkin dikaitkan...

    Xi bertemu PM Vietnam