Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angka kematian akibat bencana alam di Brazil meningkat

    SAO PAULO, 17 MEI – Seramai 151 orang terkorban setakat ini akibat bencana alam terburuk yang pernah melanda selatan Brazil manakala 104 lagi masih hilang,
    menurut Agensi Pertahanan Awam kelmarin.

    Dalam tempoh 24 jam lepas, bilangan mangsa yang meninggal dunia telah meningkat dari 149 ke 151 orang apabila 458 daripada 497 bandar di negeri Rio Grande do Sul mengalami banjir teruk, termasuk ibu kota Porto Alegre, lapor Xinhua.

    Menurut laporan terkini Agensi Pertahanan Awam, lebih 2.28 juta penduduk telah terjejas secara langsung oleh bencana itu di negeri yang bersempadan dengan Argentina dan Uruguay dan merupakan pusat perniagaan hasil pertanian Brazil serta pengeluar beras terbesar di Amerika Latin.

    Hujan lebat yang bermula pada 29 April mencetuskan banjir dan gelongsoran lumpur mengakibatkan kira-kira 600,000 penduduk kehilangan tempat tinggal. – Bernama

    Penduduk mendayung bot di jalan yang ditenggelami air di Brazil pada 11 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda