Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angka kematian banjir cecah 160

    NAIROBI, 6 DIS – Jumlah kematian banjir yang tercetus akibat El Nino di Kenya meningkat kepada 160 orang, dengan 529,120 orang daripada 105,824 isi rumah kehilangan tempat tinggal, menurut jurucakap kerajaan, Isaac Mwaura kelmarin.

    “Tindakan bersepadu untuk mengagihkan bekalan penting, termasuk makanan dan barangan bukan makanan, diteruskan melalui jalan raya dan pengangkutan udara dan digugurkan di kawasan yang terputus hubungan di 19 daerah yang terjejas.

    Pemindahan penduduk juga sedang dijalankan dengan bot Tentera Laut Kenya dan Perkhidmatan Pengawal Pantai Kenya,” lapor agensi Anadolu memetik kenyataan Mwaura.

    Berikutan krisis yang semakin meruncing, kerajaan membuka sembilan kem tambahan di Wilayah Sungai Tana, Migori, Homa Bay dan Voi bagi menampung penduduk yang hilang tempat tinggal.

    Hujan berterusan di Kenya mencetuskan banjir, tanah runtuh dan banjir lumpur di seluruh negara.

    “Kesan bencana ke atas infrastruktur sangat ketara, apabila banyak jalan tidak dapat dilalui, sekali gus menjejaskan pengangkutan dan penghantaran bantuan,” kata Mwaura.

    Sebanyak 36 sekolah juga ditenggelami air.

    Kenya tidak bersendirian dalam menghadapi kesan buruk El Nino, negara-negara jirannya Somalia dan Ethiopia juga dilanda hujan lebat. – Bernama

    Para penduduk beratur untuk menerima makanan yang diagihkan, selepas hujan El Nino merosakkan rumah mereka di bandar Bangale di daerah Sungai Tana, Kenya, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda