Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    APMM tahan 4 lelaki di Tawau

    TAWAU, 23 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan empat lelaki termasuk warga Indonesia kerana melanggar syarat sah lesen bot di dua lokasi perairan kelmarin menerusi rondaan Op Pluto Timur dan Op Sejahtera.

    Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata di lokasi pertama pihaknya menahan tiga lelaki Indonesia yang menangkap ikan dengan menarik pukat kurang daripada jarak dua batu nautika dari daratan pada jam 11:30 pagi.

    “Tiga lelaki berumur 20 hingga 42 tahun yang mengendalikan bot nelayan itu ditahan di lokasi 1.9 batu nautika barat daya muara Sungai Merotai,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda