Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arsenal cari jalan rebut gelaran

    MANCHESTER, UNITED KINGDOM, 17 FEB – Arsenal tidak mempunyai masa untuk meratapi kekecewaan selepas kehilangan tempat teratas dalam Liga Perdana kepada Manchester United yang mana The Gunners kini menyasarkan untuk menamatkan kemarau kemenangan selepas empat perlawanan apabila turun bertemu Aston Villa esok. Manakala City perlu menamatkan rekod tanpa kalah Nottingham Forest selama lima bulan dalam liga jika mereka ingin mengekalkan momentum dalam usaha memburu kejuaraan kelima dalam enam musim.

    Kunjungan Liverpool ke Newcastle mungkin mempunyai kesan besar mengenai kelab mana yang akan menamatkan aksi di kelompok empat teratas pada penghujung musim berbanding apa yang berlaku di bawah liga apabila Leeda berkunjung ke Everton.

    Rekod Arsenal tanpa kalah di tempat sendiri berakhir pada Rabu apabila City menguasai Emirates 3-1 dan menduduki tempat pertama buat kali pertama sejak November.

    Selepas tercicir tujuh mata dalam 19 perlawanan pembukaan liga, Arsenal melepaskan lapan mata dalam tiga perlawanan terakhir berikutan kekalahan di Everton dan seri 1-1 dalam perlawanan dengan Brentford.

    “Keyakinan saya lebih tinggi berbanding sebelum perlawanan,” kata bos Arsenal, Mikel Arteta selepas tewas kepada City.

    “Dengan prestasi yang dipamerkan pasukan, kami mempunyai keyakinan dapat mengalahkan mereka. Sehingga gol kedua kami berjaya melakukannya. – AFP

    Reaksi Martin Odegaard semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Arsenal dan Manchester City di stadium Emirates di London pada 15 Feruari lalu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda