Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arteta pertahan kesilapan Raya

    SEVILLE, 24 OKT – Jurulatih Arsenal, Mikel Arteta mempertahankan penjaga gol yang dikritik, David Raya menjelang pertembungan Liga Juara-Juara pasukannya menentang Sevilla hari ini.

    Jurulatih Sepanyol itu telah memilih rakan senegaranya untuk menjaga gawang gol sejak beberapa minggu kebelakangan ini dan meletakkan Aaron Ramsdale di bangku simpanan, yang mengecewakan sebilangan penyokong Arsenal.

    Raya terlepas hantaran lintang Mykhailo Mudryk yang menerjah ke gawang gol semasa keputusan seri 2-2 menentang Chelsea dalam Liga Perdana pada Sabtu, kemudian melakukan satu lagi kesilapan yang tidak dimanfaatkan oleh The Blues.

    “Kesilapan adalah sebahagian daripada bola sepak, kesilapan berlaku daripada pemain pertahanan, penyerang dan penjaga gol,” kata Arteta pada sidang akhbar kelmarin di Seville.

    Jurulatih itu berkata dia tidak merasakan Raya berada dalam tekanan, walaupun terdapat beberapa penyokong Arsenal melaungkan nama Ramsdale semasa perlawanan yang menyaksikan juara Manchester City menyamai mata dengan The Gunners di puncak Liga Perdana.

    “Saya tidak merasakan (dia sedang menderita), saya tidak merasakannya sama sekali,” kata Arteta, yang sebelum ini mencadangkan bahawa dia mungkin akan menggilirkan kedua-dua penjaga gol itu tetapi hanya menggunakan Raya sejak memberikan dia penampilan sulungnya pada September.

    “Itulah tekanan bermain untuk kelab besar di mana awda perlu menang dan awda perlu berada pada tahap terbaik dan awda mempunyai seseorang di sebelah awda yang mendorong awda setiap hari,” tambahnya. – AFP

    Reaksi Arteta ketika dia mengetuai sesi latihan di padang latihan Arsenal di utara London pada 23 Oktober, menjelang perlawanan Kumpulan B Liga Juara-Juara UEFA menentang Sevilla FC. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda