Saturday, May 11, 2024
31.6 C
Brunei

    -

    AS pecat ahli kongres Ilhan Omar

    WASHINGTON, 3 FEB – Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) pada Khamis meluluskan resolusi memecat Ahli Kongres, Ilhan Omar daripada Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri  susulan kenyataan kontroversinya mengenai beberapa isu termasuk hubungan antara Israel dan AS. 

    Dewan meluluskan resolusi itu dengan undian 218 menyokong manakala 211 lagi membantah, lapor Sputnik.

    Resolusi itu mendakwa Omar mengeluarkan kenyataan berbaur antiSemitik dan mengenai serangan pengganas 11 September 2001.

    “Saya tidak datang ke Kongres untuk berdiam diri… Kepimpinan dan suara saya tidak akan berkurangan jika saya tidak berada dalam jawatankuasa ini untuk satu penggal.

    “Suara saya akan lebih lantang serta lebih kuat dan didengari di seluruh dunia seperti yang telah berlaku,” kata Omar.

    Pada Selasa, Omar yang dilahirkan di Somalia, mengumumkan penubuhan Kumpulan Kerja Dasar AS-Afrika di tengah-tengah ketidakpastian kedudukannya dalam jawatankuasa itu. 

    Kumpulan kerja berkenaan akan memberi tumpuan kepada penglibatan yang konsisten dengan pakar dan penggubal dasar yang bekerja dengan AS dan Afrika, kata Omar. – Bernama

    Ahli Kongres AS Ilhan Omar meninggalkan pejabatnya di Bangunan Pejabat Longworth di Washington pada 2 Februari 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...