Sunday, April 2, 2023
22.4 C
Brunei

-

Mimi Nazuwan juara Liga Beyblade

Oleh Nurdiyanah R.

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 FEB – Awang Mimi Nazuwan bin Ibrahim dari Pasukan Jakusha Bladers muncul juara Pertandingan Beyblade Battle of Accel Driver anjuran Underground Beys setelah menewaskan Haji Rosaimi bin Haji Lamit dari Pasukan Ghostbeys dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Jalan Wasai Limuru Tanah Jambu, hari ini.

Sementara itu, Awang Muhammad Luqman bin Haji Kamaludin dari Pasukan Santai Aja Bladers memenangi tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.

Dua peserta dari Pasukan Santai Aja Bladers iaitu Awang Muhammad Amaluddin @ Arif bin Ahad dan Awang Mohammad Faizal bin Umjah; serta Awang Aediesopian bin Haji Ismail dari Pasukan Jakusha Bladers, masing-masing memenangi hadiah sagu hati.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, pada ketika ini saingan liga bagi Beyblade Brunei Darussalam berada dalam persaingan sengit di mana tiga pasukan teratas iaitu Pasukan Santai Aja Bladers mengutip 115 mata diikuti rapat oleh Pasukan Underground Beys dengan memperolehi 111 mata dan Pasukan Jakusha Bladers dengan 91 mata.

Enam pasukan menyertai liga berkenaan iaitu Jakusha Bladers, Underground Beys, Ghostbeys, Santai Aja Bladers, Beyblade Community Brunei dan Hageishi Bladers.

Para peserta bersama penganjur bergambar ramai selepas pertandingan berakhir. – Gambar serahan DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam
Awang Mimi Nazuwan (kiri) dari Pasukan Jakusha Bladers muncul juara Pertandingan Beyblade ‘Battle of Accel Driver’ anjuran Underground Beys yang berlangsung di Jalan Wasai Limuru Tanah Jambu, hari ini.
Haji Rosaimi (kiri) dari Pasukan Ghostbeys selaku pemenang kedua.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -