Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Asean bakal anjur festival beli-belah serantau buat julung kali

    BANGKOK, 20 FEB – ASEAN akan menganjurkan acara beli-belah dalam talian serantau buat julung kali pada Ogos tahun ini untuk mempromosikan perdagangan rentas sempadan melalui e-dagang.

    Indonesia selaku Presiden ASEAN 2023, baru-baru ini mencadangkan agar langkah untuk menggalakkan e-dagang dalam kalangan negara anggota perlu dilakukan bagi mena-
    rik minat pengguna dan perniagaan kecil dan sederhana.

    Menurut Agensi Berita Vietnam (VNA), acara itu akan diadakan pada Hari ASEAN (8 Ogos) yang akan menampilkan pelbagai produk dari nega-ra-negara ASEAN pada harga diskaun.

    Menurut e-Conomy SEA 2018, semua ekonomi berasaskan internet di ASEAN termasuk pelancongan dalam talian, e-dagang, media dalam talian dan perkhidmatan e-panggilan dianggarkan mencecah AS$72 bilion.

    Kajian e-Conomy itu juga meramalkan ekonomi internet Asia Tenggara boleh melepasi AS$240 bilion menjelang 2025.

    Pada 2019, Perjanjian Perdagangan Elektronik ASEAN telah ditandatangani bagi memudahkan pembangunan transaksi e-dagang dalam badan serantau itu selain mengukuhkan kerjasama antara negara anggota. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda