Saturday, May 11, 2024
31.6 C
Brunei

    -

    Australia batal visa Djokovic kali kedua

    MELBOURNE, 14 JAN – Kerajaan Australia telah membatalkan visa Novak Djokovic untuk kali kedua pada hari ini dalam percubaan baharu untuk menghantar pulang bintang tenis itu kerana status vaksinasi COVID-19nya.

    Pihak kerajaan bertindak tiga hari sebelum Terbuka Australia, meletakkan impian pemain Serbia yang belum divaksinasi untuk rekod juara Grand Slam ke-21 menjadi tidak menentu.

    Djokovic, yang mengakui skeptik terhadap vaksin COVID-19 adalah pemain pilihan utama kejohanan itu dan telah berlatih di gelanggang Melbourne Park beberapa jam sebelumnya.

    Menteri Imigresen, Alex Hawke berkata beliau bertindak atas ‘alasan kesihatan dan ketenteraman yang baik atas dasar kepentingan awam’.

    Kerajaan Perdana Menteri, Scott Morrison “berpegang teguh untuk melindungi sempadan Australia, terutama sekali yang berkaitan dengan pandemik COVID-19,” kata Hawke dalam satu kenyataan.

    Morrison kemudiannya telah berkata bahawa pembatalan visa tersebut adalah untuk melindungi ‘pengorbanan’ warga Australia.

    Pembatalan berkenaan berkuat kuasa bermakna pemain nombor satu dunia tenis akan dilarang untuk memiliki visa Australia yang baharu untuk tempoh tiga tahun, kecuali dengan sebab-sebab tertentu.

    Pemain bintang besar itu telah tiba ke lapangan terbang Melbourne pada 5 Januari dan mengakui memiliki pengecualian perubatan kerana ujian PCRnya positif pada 16 Disember lalu. – AFP

    Kerajaan Australia membatalkan visanya buat kali kedua. Alex Hawke membatalkan visa warga Serbia berusia 34 tahun itu atas alasan kepentingan awam tiga hari sebelum Terbuka Australia bermula. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...