Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Awang Aediesopian muncul juara Beyblade X

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MEI – Awang Aediesopian bin Haji Ismail dari Pasukan Jakusha Bladers (JB) muncul juara setelah berjaya menewaskan Dayang Nur Ishfa Nabilah binti Haji Rosaimi dari pasukan DBos Beys dalam perlawanan akhir Beyblade X, Open Beys.

    Dalam perlawanan anjuran DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam yang diadakan di Teratak DBos di Kampung Mentiri itu, Awang Harris bin Abdullah dari Pasukan JB berjaya merangkul tempat ketiga dan Awang Abdul Naim bin Haji Muhd Yussof dari pasukan Underground X (UGX) merangkul tempat keempat.

    Manakala itu, pemenang hadiah lapan teratas disandang oleh Massuny dari UGX, Sharimi Hanis (JB) dan Paridah (UGX).

    Dalam pada itu, DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam akan menganjurkan Liga Silaturahim Beyblade Brunei Darussalam bagi tahun 2024/2025 pada Jun nanti di mana penyertaan terbuka kepada orang ramai di negara ini.

    Awang Aediesopian semasa menerima hadiah selaku juara Beyblade.– GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE BRUNEI DARUSSALAM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda