Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Awangku Syakir julang Piala Rebutan CEC 2023

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 FEB – Berakhirnya Kejohanan Golf Chartered Eagle Cafe (CEC) 2023 di Kelab Golf Pantai Mentiri telah menyaksikan Awangku Syakir bin Pengiran Alli merangkul juara bagi Kategori Gross dengan 73 pukulan sekali gus membawa pulang piala rebutan dan hadiah wang tunai, baru-baru ini.

    Sementara itu, naib juara bagi kejohanan selama tiga hari itu telah dimenangi oleh Bryan Chiew dan tempat ketiga disandang oleh Awang Irwan bin Awang Hamid, dengan masing-masing mengutip 73 pukulan secara keseluruhannya.

    Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Pengerusi Kelab Golf Pantai Mentiri, Kolonel (B) Zahrin bin Haji Junaidi.

    Semasa kejohanan tersebut, Awang Aedy Azmani bin Haji Azhari berjaya membuat pukulan Hole in One pada lubang kesembilan sekali gus menerima hadiah berjumlah $5,000.

    Bagi Kategori Nett dalam divisyen A pula telah dijuarai oleh Pengiran Haji Ahmad Zaki dengan 69 pukulan, manakala divisyen B dimenangi oleh Awang Shahnom Ahmad dengan 69 pukulan. Sementara Awang Mohd Amin Ali Hassan pula selaku pemenang bagi divisyen C dengan 71 pukulan.

    Juara Kategori Senior Gross pula diraih oleh Dato Paduka Haji Harith dengan 77 pukulan manakala Awang Ibrahim Rahman menerima hadiah di tempat pertama bagi Kategori Senior Nett dengan 70 pukulan. Bagi Kategori Junior dirangkul oleh Awangku Mohd Zakwan.

    Menerusi kejohanan tersebut, lebih 150 pemain telah ikut serta terdiri daripada pemain tempatan dan juga dari negara jiran, Malaysia.

    Selain hadiah kejohanan tersebut, para pemain juga berpeluang merebut hadiah cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah barangan elektrik dan elektronik serta beberapa hadiah menarik lain.

    Dengan adanya penganjuran Kejohanan Golf CEC 2023 buat julung kalinya oleh CEC bersama tajaan dari Rumahku Berjaya Enterprise bersempena dengan meraikan Ulang Tahun CEC ke-2 itu dihasrat ia dapat mengukuhkan lagi silaturahim antara sesama pemain di samping memperkenalkan kepada orang ramai mengenai CEC.

    Kolonel (B) Zahrin semasa menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang. – Gambar serahan Kolonel (B) Zahrin
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda