Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Awas singa berkeliaran!

    BERLIN, 20 JULAI – Seekor haiwan liar, dipercayai singa betina, berkeliaran di pinggir selatan Berlin hari ini, dengan penduduk digesa untuk tinggal di dalam rumah ketika pemburu menyertai polis dalam operasi mencari besar-besaran.

    Polis mula-mula mengeluarkan amaran tersebut pada awal pagi selepas dua orang menyaksikan apa yang kelihatan seperti seekor singa betina mengejar babi hutan di sepanjang jalan kurang lima kilometer dari ibu negara Jerman.

    Kedua-dua orang yang lalu lalang ternampak haiwan itu sekitar tengah malam di pinggir bandar Kleinmachnow, barat daya Berlin.

    Mereka berkongsi rakaman telefon bimbit haiwan itu dengan polis, yang percaya bahawa ia adalah tulen, kata Datuk Bandar Kleinmachnow, Michael Grubert pada sidang akhbar.

    Haiwan itu kemudiannya juga dikesan oleh pegawai polis itu sendiri, kata Kerstin Schroeder, jurucakap polis di wilayah Brandenburg sekitar Berlin.

    Pegawai polis menyelaraskan pencarian haiwan liar di kawasan perumahan di Teltow, Jerman, kelmarin. – AP

    Polis Brandenburg mengeluarkan amaran kepada orang ramai tentang kehadiran binatang tersebut, yang pada mulanya meletakkan pinggir bandar barat daya dalam keadaan berjaga-jaga dan kemudian meluaskan kawasan pencarian.

    Walaupun operasi besar-besaran melibatkan berpuluh-puluh pegawai polis, dron, helikopter dan kamera pengimejan haba, masih tiada tanda-tanda haiwan itu menjelang waktu petang.

    Datuk Bandar Grubert menggesa penduduk supaya sentiasa mematuhi nasihat polis ‘untuk tidak keluar rumah jika boleh’, dan memastikan haiwan peliharaan mereka berada di dalam rumah.

    “Ini sudah tentu bukan masanya untuk berjoging di dalam hutan,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda