Friday, October 18, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bagnaia juara MotoGP Sepanyol

    SEPANYOL, 29 APRIL – Juara dunia dua kali bertahan, Francesco Bagnaia memenangi MotoGP Sepanyol ketiga berturut-turut, menafikan kemenangan pertama pelumba kegemaran tuan rumah, Marc Marquez sejak 2021 dalam perlumbaan mendebarkan kelmarin.

    Bagnaia hanya mencatatkan kemenangan kedua musim ini apabila dia bertahan dengan jentera Ducati walaupun asakan daripada Marquez yang mewakili pasukan Ducati Satellite Gresini.

    “Saya menikmati persaingan dengan Marc,” kata Bagnaia.

    “Awda perlu bersikap agresif dengannya, saya sangat menikmatinya, untuk melihat semua orang di sini, terima kasih kepada semua orang.”

    Marquez, yang kali terakhir mendapat empat teratas pada perlumbaan MotoGP Portugal pada Mac, 2023, mengalami masalah kesihatan dan kecederaan selama beberapa tahun.

    Bagaimanapun, bekas juara MotoGP enam kali berusia 31 tahun itu menunjukkan bahawa dia kembali apabila mencatatkan penamat terbaik sejak menjadi naib juara MotoGP Australia pada Oktober, 2022.

    “Ia merupakan perlumbaan yang sangat penting,” kata Marquez.

    “Pada mulanya saya agak kaku selepas terbabas semalam, tetapi kepantasannya ada untuk bertarung dengan Bagnaia.

    “Perlumbaan sengit, seperti zaman dahulu! Pusingan terakhir dia (Bagnaia) sangat bagus, saya cuba mengikutnya. – AFP

    Reaksi Bagnaia meraikan dengan trofi di podium selepas memenangi perlumbaan MotoGP Grand Prix Motosikal Sepanyol di litar perlumbaan Angel Nieto di Jerez de la Frontera, Sepanyol pada 28 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda