Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bangku dua dalam satu curi perhatian

    Oleh AMRI HTZ –

    Sejak kebelakangan ini, para penghias semakin menghargai barangan perhiasan rumah yang diperbuat daripada kayu yang sebelumnya dipopularkan dengan penggunaan bahan plastik.

    Ini kerana permukaan kayu mempunyai ira-ira alami yang unik dan berlainan daripada setiap satu.

    Selain itu perabot yang terbuat daripada solid wood juga mampu bertahan lama dan timeless.

    Dengan menyediakan beberapa peralatan rekaan, projek ini akan membawa awda mereka bangku mini dua dalam satu yang boleh dijadikan meja kopi.

    Antara barang yang diperlukan

    • Sekeping kayu
    • Papan lapis
    • Alat ketam kayu manual dan mesin
    Mitre saw dan circular saw
    • Alat pengepit kayu
    • Pasak atau dowel
    • Mesin router atau pahat kayu
    • Mesin pemotong besi (grinder)
    Blow torch
    • Tukul besi
    • Besi 5/8 inci x 5/8 inci
    • Besi 2 inci x 2 inci

    Sukat, potong dan ratakan

    Kayu slab yang tersedia akan dipotong dengan panjang kira-kira 60 inci. Sementara untuk lebar kayu pula adalah tertakluk kepada kayu yang digunakan memandangkan projek ini akan mengekalkan bentuk semula jadi kayu pada salah satu sudutnya.

    Gambar oleh Crafted Workshop
    Gambar 2. – Gambar oleh Crafted Workshop
    Gambar 3. – Gambar oleh Crafted Workshop
    Gambar 4. – Gambar oleh Crafted Workshop
    Gambar 5. – Gambar oleh Crafted Workshop
    Gambar 6. – Gambar oleh Crafted Workshop
    Gambar 7. – Gambar oleh Crafted Workshop
    Gambar 8. – Gambar oleh Crafted Workshop
    Gambar 9. – Gambar oleh Crafted Workshop
    Gambar 10. – Gambar oleh Crafted Workshop
    Gambar 11. – Gambar oleh Crafted Workshop
    Gambar 12. – Gambar oleh Crafted Workshop

    Setelah menandakan ukuran yang diperlukan, potong menggunakan mesin circular dengan bantuan track guide. (gambar 2)

    Setelah memotong bahagian kayu dengan ukuran yang diperlukan, ratakan salah satu sisi kayu.

    Ini diikuti dengan pemotongan kayu berkepanjangan 41 inci dengan bahagian potongan 45 darjah.

    Selebihnya pula akan dijadikan bahagian kaki bangku dengan ukuran sudut 45 darjah (potongan). (Gambar 3)

    Bagi bahagian hujung permukaan utama pula akan ditempatkan kaki daripada besi berukuran 2 inci x 2 inci. Untuk memastikannya selaras dengan permukaan kayu, ruangan untuknya akan dibuat sesuai lebar dan kedalaman besi. Gunakan mesin router untuk merekanya atau hanya menggunakan pahat kayu. (gambar 4)

    Untuk mempercepatkan proses mereka ruangan kaki bangku besi, gunakan besi sebenar sebagai panduan. Selain itu, gunakan besi tersebut untuk memastikan ruangan yang direka adalah cukup besar dan dalam. (gambar 5)

    Cantum kaki bangku kayu dan besi

    Untuk mencantumkan kaki bangku daripada kayu pula, pastikan awda mengukuhkan kedudukannya menggunakan pasak pada bahagian cantuman. Untuk mereka ruangan pasak pula memerlukan mesin gerudi dengan diameter mata gerudi kecil berukuran 1mm daripada pasak yang digunakan.

    Sapukan keseluruhan permukaan cantuman dengan gam kayu dan gunakan bantuan alat pengapit kayu untuk mengekalkan kedudukannya. (gambar 6)

    Sementara untuk kaki daripada besi, potong besi sesuai dengan lebar kayu yang dimuatkan. Manakala untuk tingginya pula selaras dengan kaki bangku kayu (16 inci).

    Sudut potongan besi juga akan menggunakan 45 darjah. Ini bertujuan untuk mendapatkan permukaan cantuman yang bersih dan profesional. Kimpal bahagian cantuman kemudian ratakan menggunakan mesin grinder. (gambar 7)

    Reka struktur dan pemegang laci

    Sebagai tambahan, bahagian bawah bangku akan ditempatkan dengan laci mini. Untuk itu, dovetail groove akan direka pada bahagian bawah bangku.

    Untuk melaksanakannya, gunakan sekeping kayu dengan sudut potongan 45 darjah sebagai panduan untuk gergaji digunakan. Ukuran groove yang direka perlulah selaras dengan pendakap laci pada bahagian bawah (gambar 8)

    Bagi ukuran laci, kayu dengan panjang 21 inci x 3 inci untuk bahagian depan dan belakang dan panjang 12 x 3 inci bagi bahagian sisi kiri dan kanan (sesuai dengan lebar kayu utama bangku tersendiri) akan dicantumkan menjadi satu.

    Bahagian bawahnya pula akan ditutupi dengan papan lapis dengan tebal 5mm. (gambar 9)

    Manakala untuk bahagian pemegang laci, ia akan diperbuat daripada besi berukuran 5/8 inci x 5/8 inci.

    Bagi memudahkan proses pembentukan, bakar besi menggunakan blow torch sehingga menjadi kemerahan. Setelah itu, gunakan tukul untuk mereka bentuk mengikut kesesuaian. (gambar 10)

    Untuk membolehkannya dipasangkan pada permukaan depan laci, dua biji nat akan dikimpal pada bahagian belakangnya.

    Dengan dua lubang ditebuk pada permukaan laci, ia hanya memerlukan skru untuk mengetatkannya. (gambar 11)

    Lindungi permukaan rekaan

    Langkah terakhir rekaan ialah melindunginya daripada kelembapan menggunakan wood finish pilihan.

    Menyapukan permukaan kayu dengannya juga akan membuatkan ira-ira kayu lebih jelas terlihat sekali gus menjadikan rekaan lebih menarik. (gambar 12)

    Tip rekaan

    • Pastikan pahat kayu yang digunakan adalah tajam agar proses menghakis permukaan kayu menjadi lebih mudah dan cepat.

    • Sesuaikan voltan mesin kimpal dengan ketebalan besi untuk memastikan penetration dan besi tidak berlubang (terlebih voltan).

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda